Wednesday, August 1, 2012

Lawatan ke RSK Cheng , Melaka


salam 
baru-baru ini, Kelab Penyayang UTHM telah menganjurkan satu Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng yang bertempat di Melaka.
program ini yg baru sahaja diberi kelulusan dan terus dilaksanakan oleh  Pengarah Program merangkap Pengerusi Kelab Penyayang UTHM.
penyertaan sebanyak 30org crew termasuk Ahli Jawatankuasa yang lain.

seawal jam 7pagi, crew-crew berkumpul di hadapan bangunan Hal Ehwal Pelajar UTHM.
kira-kira jam 7.45pagi, bertolak dari UTHM.
singgah sebentar untuk bersarapan di hentian.
meneruskan perjalanan kira-kira selama 2jam untuk sampai ke destinasi.











crew-crew mengangkat sedikit sebanyak barang makanan yang dibawa dari UTHM.
barangan berupa makanan ruji ini difikirkan lagi berbaloi untuk diberikan kepada mereka.
ucapan aluan dari pihak RSK Cheng oleh  Encik Anuar,pegawai yang berkhidmat hampir 6 tahun di RSK Cheng. menceritakan serba sedikit sejarah penubuhan serta kategori penghuni yang ditempatkan disitu.
beliau juga menceritakan tentang keadaan dan situasi yg warga emas ini hadapi sebelum dan selepas menginap  di RSK Cheng.
RSK Cheng merupakan satu-satunyanya Pusat/Rumah Orang2 Tua kerajaan di Melaka.






memandangkan waktu makan tgh hari sedang berjalan, kami mengambil kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman makan bersama-sama mereka,lebih kepada melihat dan membantu mereka, melayani mereka makan, riak wajah yg gembira menyambut kedatangan kami. Crew2 menghiburkan mereka dgn lagu2 diiringi gitar, ada warga yang menari.







 Alhamdulillah :) 
diteruskan lagi dgn lawatan ke wad-wad, wad-wad dihuni oleh penghuni mengikut kategori.
melayani warga tua ini bercerita, berbual ttg kisah dan sejarah mereka,suatu yg jarang dilakukan oleh crew2 mahupun sesiapa.
tambahan kisah mereka yg menghayat hati para crew sehingga menitiskan air mata.










lawatan ke wad-wad itu berlangsung hampir 3jam. mcm2 kisah kami kongsikan sesama crew yg terlibat,
majlis Perasmian Penutup kira-kira jam 4petang.
disertai dgn majlis penyampaian cenderahati dan sumbangan2 ikhlas dari pihak kelab dan UTHM.


terima kasih kepada pihak RSK Cheng yg sudi terima kehadiran kami, terima kasih kpd AJK2 yg bertungkus lumus, terima kasih para crew yg sudi menyertai program ini!


suatu pengalaman yg sangat berharga!