Hari itu mengubah segalanya
Kepercayaan, kehidupan, cara aku menilai apa-apa
Hari dua Feb sembilan lapan
Bermulanya perasaan yang luruh
Gugur segala apa yang aku pegang
Hilang segala yang aku gagang
Hari ini mungkin kau melihat aku
Bukan seperti aku yang biasa kau lihat
Sama ada aku tidak merelakan
Atau sebenarnya ini sesuatu yang ditakdirkan
Tapi sesuatu yang tak pernah hilang
Betapa dirimu aku sayang
Walaupun kau dan aku terpisah dari alam nyata
Aku mahu kau bahagia di sana
Tempat yang aku tak pasti di mana
Aku tidak lagi menderita
Aku telah menemui bahagia
Tapi dia tidak akan membenarkan aku lupa
Cinta antara kita
Dia tahu, cinta kita adalah selamanya
Mereka semua tak pernah tahu
Apa yang telah aku lalu
Membuka mulut lebih mudah dari memasang telinga
Mengutuk lebih senang dari mendengar cerita
Detik itu
Seluruh kepercayaan aku telah berubah
Tapi satu yang masih kekal utuh
Cinta aku terhadapmu
